Melalui aplikasi mobile ini, kakitangan Bahagian TOTe di Lembaga Koko Malaysia boleh menjalankan kerja-kerja lawatan tapak, lawatan pemantauan dan juga merekod pengagihan insentif. Aplikasi boleh berfungsi tanpa talian internet (offline) di kebun koko dan kemaskini data ke Portal E-Cocoa boleh dijalankan di pejabat-pejabat LKM yang ada talian Internet.